PAKEJ & HARGA

Pakej Agro Pelancongan Desa Mukim Sungai Balang

Pilih pakej, semak apa yang termasuk, dan dapatkan sebut harga ikut pax & tarikh. Sesuai untuk rombongan NGO, syarikat, sekolah dan keluarga besar.

✅ Custom ikut pax & tarikh • ✅ Aktiviti utama: homestay, sawah, kolam air panas, kupang bakau • ✅ Tersusun & mudah diurus

Apa Yang Termasuk Dalam Pakej

Komponen utama untuk pengalaman Agro Pelancongan Desa Mukim Sungai Balang.

Homestay Desa

Penginapan 1 malam mengikut kapasiti pax dan susunan rombongan.

Lawatan Sawah

Suasana desa autentik — port bergambar & aktiviti santai komuniti.

Kolam Air Panas

Aktiviti relaks & family-friendly — sesuai untuk rehat selepas lawatan.

Kupang Bakau

Lawatan edukasi ternakan komuniti — pengalaman unik yang jarang ada.

Pakej & Harga

Pilih pakej yang sesuai untuk rombongan anda

Harga bergantung kepada tarikh & jumlah pax. Di bawah ialah contoh struktur pakej untuk memudahkan anda pilih.

Day Trip
Sesuai Test
Custom
/ ikut pax
  • Lawatan Sawah Sungai Balang
  • Kolam Air Panas
  • Kupang Bakau (Lawatan Edukasi)
  • Penyelarasan itinerary ringkas
WhatsApp Sebut Harga
Custom Rombongan
NGO / Sekolah
Custom
/ ikut pax
  • Tambah aktiviti komuniti (optional)
  • Susunan ikut objektif program
  • Boleh tambah makan / transport (optional)
  • Slot & masa fleksibel (ikut tarikh)
WhatsApp Untuk Custom
Nota: Harga sebenar akan disahkan selepas tarikh & jumlah pax disahkan. Untuk paling cepat, WhatsApp: tarikh + pax.
Itinerary

Cadangan Itinerary 2 Hari 1 Malam

Ini susunan contoh. Aktiviti boleh disesuaikan mengikut tarikh, cuaca dan jumlah pax.

Hari 1
Ketibaan & Eksplorasi Desa
  1. 1
    10:00 – 12:00
    Ketibaan & daftar masuk (meeting point / homestay)
    Briefing ringkas, susun bilik & rehat.
  2. 2
    12:00 – 14:00
    Makan tengah hari (optional)
    Boleh tambah pakej makan jika diperlukan.
  3. 3
    14:30 – 17:30
    Lawatan Sawah Sungai Balang
    Aktiviti santai, bergambar & bonding rombongan.
  4. 4
    19:30 – 22:00
    Makan malam & aktiviti bebas (optional)
    Boleh tambah aktiviti komuniti jika ada.
Hari 2
Relaks & Lawatan Edukasi
  1. 1
    08:00 – 09:30
    Sarapan & daftar keluar
    Susun barang & persediaan lawatan.
  2. 2
    10:00 – 12:00
    Kolam Air Panas
    Sesuai untuk rehat sebelum aktiviti seterusnya.
  3. 3
    12:30 – 14:00
    Lawatan Pusat Ternakan Kupang Bakau
    Edukasi komuniti & pengalaman unik tempatan.
  4. 4
    14:00 – 15:00
    Tamat program & bertolak pulang
    Boleh adjust ikut masa rombongan.
Nak itinerary ikut program anda? WhatsApp tarikh + pax, kami susunkan cadangan itinerary yang sesuai.
WhatsApp Itinerary Custom
FAQ

Soalan Lazim Tempahan & Harga

Ini soalan yang paling selalu orang tanya sebelum lock tarikh. Kalau nak cepat, WhatsApp tarikh + pax — kami bagi cadangan pakej & sebut harga.

FormatNGO • Syarikat • Sekolah • Keluarga
HargaBergantung tarikh & jumlah pax
CustomBoleh tambah/kurang aktiviti
WhatsApp Untuk Cepat
Macam mana kira harga pakej?
Harga biasanya ikut tarikh + jumlah pax + susunan aktiviti. Hantar tarikh & pax, kami akan cadangkan pakej paling sesuai dan bagi sebut harga.
Boleh custom itinerary ikut program rombongan?
Boleh. Anda boleh tambah/kurang aktiviti (contoh tambah slot santai, tambah lawatan, atau ubah masa). Kami susun semula supaya flow program tetap kemas.
Minimum pax berapa?
Boleh ikut keadaan. Untuk rombongan kecil pun boleh, cuma struktur kos akan berubah. Best practice: hantar pax anggaran, kami bagi pilihan yang masuk akal.
Aktiviti termasuk makan & pengangkutan?
Bergantung pakej. Makan/pengangkutan boleh jadi optional add-on. Kalau anda ada bas sendiri pun boleh.
Macam mana nak lock tarikh (tempahan)?
Cara paling cepat: WhatsApp tarikh + pax + jenis rombongan. Kami akan confirm availability dan guide step seterusnya.